Want your
own Fotopage?








 
Koleksi Resepi

By: Dilla Rio

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Karipap inti ayam dan kentang

disalin dari rinn chan fp terimakasih rinn.. mintak halal



KARIPAP INTI KENTANG & AYAM
Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.

Inti ubi kentang & ayam
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, buah
pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotong kecil dan nipis.
Tambah sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak


Wednesday, 19-Nov-2008 08:12 Email | Share | | Bookmark
Udang wangi

Disalin dari rinn fp thank you rinn.. mintak halal



UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.


Saturday, 15-Nov-2008 12:40 Email | Share | | Bookmark
Broccoli soup & Garlic bread

Di salin dari kak amal fp terimakasih & mintak halal yer..



Bahan2nya
1 biji bwg besar yg kuning
2 biji brocoli
2 biji cendawan butang atau shitake (tak dak pun tak pa)
(kmal guna cendawan shitake yg fresh tu)potong halus2
2 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit all spice itali
2 sudu kecil lada putih
1/2 - 1 cwn susu -agak2 ye..nanti cair sangat pulak sup tu (kmal guna low fat )
sedikit minyak zaiton untuk tumis (minyak biasa pun ok)
garam secukup rasa

Panas minyak zaiton..tumis bawang besar dan sedikit bwg putih hingga layu masukkan air dlm 2 cwn.bila mendidih masukkan brocoli dan cendawan..layu sikit padam api dan masukkan dlm blender dan diblander hingga halus. Masukkan semula dlm periuk..dicampurkan dgn susu, lada putih, sedikit itali spice dan rasakan garamnya..masak hingga mendidih..siap.




Roti dipotong disapu dgn mentega bawang putih
( butter dlm 100gm dan sedikit planta(kmal guna dorina yg ada dlm peti ais tu je, lada putih sedikit dan 4 ulas bwg putih dicincang halus--gaul sebati dan disapu pada roti tadi)

Kemudian dibakar dlm oven guna func.Grill dlm oven yg dipanaskan dahulu 5 minit dan dibakar dlm oven selama 8-10 minit dgn suhu 160C.






Monday, 10-Nov-2008 12:09 Email | Share | | Bookmark
Kek Marble - Bro. Rozzan

copied from Rozzan Shared Recipe
thank you Bro




KEK MARBLE (1)
Bahan-Bahan
5 biji telur (sederhana)
125 gm gula caster
150 gm tepung Hong Kong }
½ sudu teh baking powder } diayak bersama
½ sudu besar ovalette

125 gm mentega (dicairkan dan disejukkan dulu)
1 ½ sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung yg telah diayak dgn b.powder dan ovalette dgn high speed sehingga pekat (kira-kira 10 minit). Masukkan susu pekat, esen vanilla dan mentega cair. Kacau rata.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg lain dibubuh warna merah, orange & hijau atau pun warna kesukaan anda .

Ambil 1-2 sudu besar adunan plain dan bubuh di tengah2 loyang yg telah dialas kertas dan digriskan. Kemudian, ambil 1-2 sudu besar adunan merah dan bubuh atas adunan plain tadi. Buat begini dgn adunan yg warna orange dan hijau sehingga semua adunan habis. Bakar selama 40-50 minit dgn suhu 160-170 darjah celsius.

Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan selama 8-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai kek.

Overall, kek ini lembut dan gebu dan tidak berminyak sangat. Sesuai utk mereka yg gemar dgn tekstur kek yg sedemikian. On the other hand sesiapa yg suka kek yg lebih moist (lembab) dan berminyak sket, boleh cuba resipi saya yg telah saya postkan dtd 30 Sep 06. Saya sertakan sekali lagi resipinya di sini.


KEK MARBLE (2)

Bahan-bahannya:
8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
12 oz mentega
9 oz gula halus
10 oz tepung Hong Kong
5 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 4-5 sudu air panas), sejukkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

PERATURANNYA
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya.

Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.

Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih telur. Kacau rata-rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.

Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh koko. Siapkan loyang (10"x10") yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko. Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit atau hingga masak.


Monday, 10-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Very moist Banana cake - Bro Rozzan

Ihsan Bro Rozzan Blogspot Thank you



KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)

Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net