Want your
own Fotopage?






 
Koleksi Resepi

By: Dilla Rio

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Oct-2008 02:57 Email | Share | Bookmark
Nasi Ayam & Nasi Ayam Kuning

Sumber Mamasya fp



Nasi ayam kuning ... (tambah kunyit)


Bahan
12 ketul ayam
5 ulas bawang putih-tumbuk
(1 sudu teh serbuk kunyit kalau nasi ayam kuning)
1 inci halia- tumbuk
5 cawan kecil beras
2 sudu mentega (pilihan)
sehelai daun pandan
1 kiub ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam,garam
2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)
sos cili manis utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)
ulam dan hiasan;
-daun bawang,daun sup&bawang goreng
-daun salad/timun,buah tomato



Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan dan majerin,kacau dan masak macam biasa.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejab utk perap.Goreng dgn api yg sederhana sehingga agak kuning.
4. Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net